Staff Entrepreneurs 2 Training
10 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 Disember 2019 jam 9 pagi hingga 5 petang telah berlangsungnya kelas keusahawanan di Pusat Internet Malaysia Padang Besar Selatan khusus untuk Pengurus dan Penolong Pengurus daripada Kedah dan Perlis di bawah Maxis. Program ini dijalankan berkonsepkan “ToT” (Training of Trainer) bagi membolehkan Pengurus dan Penolong Pengurus PIM menguasai maklumat asas mengenai bidang keusahawanan dan seterusnya melaksanakan program lanjutan di Pusat Internet masing-masing.
Program ini bertujuan melatih kumpulan sasaran terutamanya orang awam dan usahawan IKS tempatan yang terlibat secara langsung dengan program-program di bawah Pusat Internet seluruh Malaysia. Seramai 14 orang telah hadir dalam program ini. Program ini mengambil masa selama 8 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: